Monday 2 June 2008

Bengkel Silat Melayu Online

Bengkel Team Pakar Silat Melayu Sebenar telah diadakan pada 3 Jun 2008 di Menara PGRM, Cheras Kuala Lumpur.

Pakar Silat Melayu Eropah, Master MNMS telah memberikan penerangan yang berkesan dan menarik kepada para peserta di bengkel tersebut.

Para peserta telah diberikan penerangan yang mudah dan terkini mengenai perkembangan Silat Melayu di serata dunia dan juga cara-cara yang efektif untuk mempelajari kaedah bersilat secara online.

Para peserta terhibur dan puas hati terhadap semua perkara yang dibentangkan.

Sumbangan Master MNMS telah memberikan sinar terhadap perkembangan Silat Melayu di Malaysia terutamanya terhadap peringkat akar umbi iaitu sekolah dan remaja.

Semoga anda yang menghadiri mendapat banyak menfaat daripada segala penerangan yang diberikan.

Semoga Maju Jaya.

1 comment:

Unknown said...

Bengkel ini memudahkan saya untuk memperkembangkan silat secara online.

Disamping itu bengkel ini membolehkan saya berkenalan peserta dari dalam & luar negara.

SAYA MESTI PILIH SILAT MELAYU!!

The best from,
Mohd Safwan
msafwan86@hotmail.com
www.pusatcemerlangsilat.com